Ikhlas 2

Salaam.

Entri ini adalah sambungan dari entri ‘Ikhlas’ yang dituliskan sebelum ini. Juga ilham hasil dari pembacaan buku yang sama.Judulnya, TERAPI HATI (saya tak tahu judul sebelum terjemahan. Yang pasti bukan Raqaiq yah!!)

Selamat membaca dan beramal!

****************************************************************************

IKHLAS 2

Dalam hidup seharian kita, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, adakah kita memiliki suatu amal yang mulia yang pernah kita lakukan dan amal tersebut menjadi RAHSIA antara kita dan Allah semata-mata. Tiada sesiapa pun selain Dia dan kita yang mengetahuinya agar nanti bila kita ditimpa musibah, amal itu bakal menjadi wasilah tika kita berdoa:

“Ya Allah, saya telah mengerjakan amal ini demi mencari keredhaan-Mu, maka lepaskan saya dari kemelut yang saya alami ya Allah”

Makhul, salah seorang tabi’en mengatakan:

“Seorang hamba tidak berlaku ikhlas kerana Allah selama empat puluh hari kecuali akan memancarlah sumber-sumber hikmah di wajah dan bibirnya”

Pembaca sekalian,

Sekali lagi ditegaskan, ikhlas adalah benar-benar sulit.Sahl bin Sa’a (At-Tustari), seorang tokoh sufi terkemuka menjawab ketika ditanya tentang sesuatu yang paling berat bagi diri,

IKHLAS.Sebab ia tidak memiliki walau secebis pun darinya.Semuanya didedikasikan hanya untuk Allah semata-mata.

Ikhlas adalah sesuatu yang memerlukan perjuangan yang sepenuhnya,kerana saat riya’ telah gugur disuatu sisi, syaitan datang menggantikan dari sisi yang lain.

Pintu gerbang dalam Ikhlas adalah meluruskan niat.Berikut disenaraikan ‘step2’ untuk meluruskan niat. Mudah-mudahan kita semua mampu berusaha untuk mencapai kepada puncak keikhlasan dalam setiap amal seharian kita.Ameen ya Rabbal Alamin.

Step pertama: Niat dalam laku ketaatan

Jika kita ingin menjadi seseorang yang ikhlas (mukhlis), maka luruskanlah niat kita.Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya amal perbuatan harus disertai niat dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya......”

Jelas kaitan amal dengan niat.Niat tanpa amal tidak membuahkan apa-apa hasil walhal amal tanpa niat semestinya tidak lengkap! Barangkali, suatu amalan yang kecil pun boleh menjadi agung berkat dengan niat. Contohnya, kita menderma hatta sekecil RM1 tapi dengan niat yang ikhlas lillahi taala, boleh jadi kita mendapat ganjaran dengan berkali-kali ganda berbanding mereka yang menderma ribuan bahkan jutaan ringgit tapi tanpa niat atau dengan niat bermegah-megah.Simple bukan? :)


Step kedua: Niat menjalani kebiasaan hidup

Niat dapat mengubah segala sesuatu yang awalnya hanya suatu kebiasaan yang kita lakukan setiap hari, hingga menjadi suatu ibadah.

Sebagai contoh, mengapa kita belajar?

Boleh jadi jawapannya adalah kerana mahu pandai, takut dimarahi ibu bapa, sekadar mengikut kawan dsb.kalau inilah jawapannya, maka kita tidak akan memperoleh sebarang pahala.Sekarang kita renungkan ayat 162 dari surah Al-An’aam:

“Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah”

Mana keikhlasan kita ketika belajar?Tidak ada bukan?

Jadi, untuk harus iklhas dalam belajar, kita harus memasang niat. Misalnya, belajar utk taat beragama(mutadayyin), belajar kerana sekarang ini dunia dikuasai oleh orang-orang kafir jadi kita mahu menggantikan tempat mereka, belajar supaya dapat kedudukan yang baik dalam masyarakat jadi kita lebih senang berdakwah dan menyeru mereka dsb.

Lihat, kerana dengan memasang niat, boleh jadi dua jam sebelumnya kita tidak mampu memahami suatu kata pun, namun dengan niat belajar yg diperbaharui dan ditambah dengan keikhlasan kepada Allah, kita menjadi bersemangat dan dapat memahami dengan lebih cepat.


Kita juga sebolehnya disarankan memperbaharui niat setiap kali dan setiap langkah.kadang2, bila sesuatu perkara menjadi kebiasaan, kita boleh jd hilang semangat melakukannya.maka, perbaharui niat.setiap kali keluar dari rumah, niatkan utk mendapat keredhaan Allah.setiap kali memakai tudung, niatkan untuk mentaati perintah Allah dan menjaga kehormatan diri.Setiap kali makan, niatkan untuk mendapat kekuatan bagi melaksanakan ibadah. Haaa, kan berkah.Bukan sahaja ada semangat, malah in sya Allah akan diberikan pahala atas niat-niat yang dipasang sejak awal perbuatan.



Ketiga: Dalam hal-hal diluar kemampuan

Maksudnya kita berniat dalam urusan yang kita sendiri tidak pasti sama ada akan berjaya diperolehi atau tidak. Namun, kita masih juga disarankan untuk berniat dalam hal-hal seperti ini.Sebagai contoh, niat untuk syahid di jalan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang memohon mati syahid kepada Allah dengan segala ketelusan, maka Allah akan menghantarkannya ke tempat-tempat kaum syahid meskipun dia mati diatas ranjang” –
Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim (1909), Abu Daud (1520) dan at-tarmidzhi(1653) dari Sahl bin Hanif r.a.


Perhatikan, sampai begitu sekali niat menghantar anda!!! Maka saya mengajak pembaca sekalian, untuk sama-sama memastikan langkah dan setiap hari kita senantiasa dimulai dengan niat agar kita bisa tergolong dalam golongan orang-orang yang mukhlis.

In sya Allah, saya akan cuba manyambung lagi penulisan tentang ikhlas ini dilain waktu dengan izinNya.

Moga ada berkah dan khair dalam setiap amal.

Astagfirullahal Azim

Wallahua’lam
Wassalaam

Wardah as-Syauk
11 Rabiul Akhir 1429H
18 April 2008


****************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Terapi Hati
Penulis: ’Amru Khalid
Penerbit (edisi terjemahan Bahasa Indonesia) : Penerbit Republika
Tahun: 2005
ISBN: 979-32-1050-8
Harga: RM22++ (Jika dibeli di Kinokuniya)
Halaman: 148

CONVERSATION

0 ulasan:

Back
to top