Jumaat, Jun 13, 2008

Hitam Putih CINTA

Buku ini judulnya Hitam Putih Cinta. Bahasa asli Indonesia setelah diterjemah dari bahasa Arab, Mashariul ‘Usysyaq, karya Dr ‘Aidh al-Qarni.

Petikan dari kata pengantar

*******************************

“Cinta bisa mendorong orang untuk beribadah sekalipun dengan hal itu banyak kesenangan yang harus ia tinggalkan. Waktu yang secara duniawi lebih enak digunakan untuk bersantai, uang yang sebenarnya bisa menjadikannua kaya raya, atau sandang-papan yang bisa mengangkat pamor di masyarakat, bisa terabaikan karena cinta kepada Allah.

Kerana memilih menjadi hamba Allah yang taat, waktunya diisi dengan amalan-amalan yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Harta yang ada disedekahkan. Hidup pun sederhana; tak berlebihan. Ia sadar betul jika dunia ini hanyalah sementara, sedangkan akhirat adalah kekal. Karena itu, amalan yang ditorehnya dalam mengarungi kehidupan dunia adalah amalan saleh yang penuh keikhlasan. Dengannya ia berharap meraih syurga. Ia juga berharap apa yang ia kerjakan menjadikan Allah ridha dan mencintainya.

Jika, tujuan ini tercapai, adakah hal lain yang melebihinya? Mengapa semua ini bisa terjadi?

Karena CINTA telah menggerakkannya!

Deskripsi diatas ini bukanlah fantasi belaka. Kita dapati dalam lembaran kisah generasi salaf shalih seorang meninggalkan anak, istri serta segala sesuatu yang dimiliki, kemudian ia mengorbankannya demi menyibak tabir penghalang dirinya dengan syurga.Kita dapati pula orang yang dirinya tak pernah ketinggalan takbiratul ihram bersama jamaah selama enam puluh tahun.

Namun, sejarah juga mencatat lembaran kelam mengenai masalah cinta. Ada orang yang membelah perut orang miskin karena ambisinya akan kekuasaan. Kita dapati pula orang yang rela mati kerana kecintaanya kepada bid’ah.Kita dapati pula orang yang rela mati karena kecintaanya kepada bid’ah.Kita dapati pula seseorang yang memilih untuk tetap kafir kepada Rasulullah s.a.w kerena beliau tidak memiliki harta simpanan ataupun kebun raya. Demikianlah, cinta bisa membawa pada sesuatu hal baik atau sebaliknya.

Ilmu dan iradah untuk memilih “cinta putih” daripada “cinta hitam” akan menjadikan seseorang meraih balasan cinta dari Allah sekaligus (ameen, ameen,ameen). Mudah-mudahan terjemahan buku Mashariul ‘Usysyaq bisa memberikan rambu-rambu keselamatan kepada para perindu hidayah yang mencari di bursa cinta”

***************************

Kalau punya kelapangan, in sya Allah akan berkongsi sedikit dari yang ada dalam buku ini.

Wallahu’alam

Wardah as-Syauk
8 Jamadil Akhir 1429H
13 Jun 2008

***************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Hitam Putih Cinta
Penulis: Dr ‘Aidh Al-Qarni
Penerbit (edisi terjemahan Bahasa Indonesia) : Aqwam
Tahun: 2007
ISBN: 978-979-3635-45-7
Harga: Tk ingat
Halaman: 143

Ahad, Jun 01, 2008

Ikhlas 3 (Akhir)

Salaam.

Entri ini adalah entri terakhir dari dua buah entri sebelumnya tentang ikhlas. Sila rujuk:

Ikhlas
Ikhlas 2

Diharapkan diakhir entri ini, kita semua lebih memahami tentang konsep ikhlas dan sedaya upaya cuba mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita.

Selamat membaca dan beramal!

****************************************************************************
IKHLAS 3

Dalam siri penulisan yang lepas, kita telah meneliti serba sedikit tentang apa itu ikhlas, syarat-syarat dalam memastikan amal kita diterima, cara-cara mewujudkan ikhlas dalam hati kita dan pintu gerbang ke arah niat yang betul.

Pada siri yang terakhir ini, penulisan ini in sya Allah akan mengupas tiga lagi aspek penting dalam usaha meletakkan keikhlasan didalam setiap amal kita. Kita akan meneliti riya’ dan bentuk-bentuknya, indikator keikhlasan dan terakhir resepi-resepi ikhlas.


RIYA’ dan BENTUK-BENTUKNYA

Kata riya’ berasal dari perkataan ru’yah (melihat) dan dalam konteks ini beerti merasa senang/seronok jika perbuatan dilihat orang.

Komplikasi perbuatan riya’ ini adalah sangat besar dan terkadang tidak kita fikirkan. Mari kita renungi firman Allah dalam sebuah hadith qudsi:

Aku adalah sekutu yang paling tidak membutuhkan persekutuan.Barangsiapa yang melakukan suatu amalan dengan mempersekutukan selain-Ku didalamnya, maka ia menjadi milik yang disekutukan dengan-Ku dan Aku sendiri bebas darinya

Perhatikan firman ini. Kita melakukan sesuatu amal dengan mengharap redha dan balasan baik dari Allah. Namun, jika kita sendiri melakukan amal dengan niat agar dilihat orang, dipanggil sebagai orang yang mulia, atau apa2 lagi niat yang lain, maka secara automatik, ianya bukan lagi amal kerana Allah dan Allah sendiri bebas darinya. Na’uzubillah!

Selanjutnya, kita renung pula sebuah sabda Baginda:

Sesungguhnya hal menakutkan yang paling aku takutkan pada umatku adalah syirik kecil.”

Para sahabat bertanya, “Apa itu syirik kecil, wahai Rasulullah?” Baginda menjawap: “Riya

Selanjutnya, mari kita lihat bentuk-bentuk riya’ yang selalu membayangi amal kita.

a.Mengerjakan perbuatan dan amal kerana mahu dilihat oleh orang/seseorang
b.Berpura-pura penat kerana melakukan ibadah. Sebagai contoh, dalam satu perbualan, A mengatakan bahawa dia penat. B lalu bertanya kenapa. A kemudian menjawap: “Saya qiam sepanjang malam. Moga allah membalas saya dengan balasan yang lebih baik”. Ini adalah riya’ yang samar-samar.
c.Berpura-pura mengkhusyukkan diri dihadapan orang
d.Kita pada asalnya melakukan perbuatan kerana Allah, namun apabila dilihat orang, kita dengan semena-mena membagus-baguskan amal tersebut.Contoh, kita membaca al-quran, kemudian lalu seorang rakan, kita terus melagu-lagukan bacaan dengan nada lebih kuat dsb. Ini merupakan riya’ yang paling samar dan dasyat
e.Kita pura-pura khuyuk dihadapan orang dan apabila bersendirian, kita menambahkan kekusyukan dengan niat supaya kita tidak dicela kerana hanya khusyu’ dihadapan orang. Kenapa ini salah? Kerana kita seharusnya khusyu’ dengan kadar yang sama baik dihadapan orang mahupun tika bersendirian kerana kita melakukan amal, bukankah kerana Allah semata-mata?

Sulit bukan? Namun, bukanlah bermaksud setelah mengetahui tentang ini, maka kita mengurangkan amalan kita. Tidak. Kita seharusnya lebih peka dengan niat dan amal kita sekaligus sering mengkoreksi diri dalam melakukan sesuatu perbuatan supaya niat kita tetap pada jalan mencari redhaNya. Andai kita tersasar, segera hadapkan istigfar dan pohonlah keampunan dari Allah. Allah maha pengampun lagi penyayang.

INDIKATOR IKHLAS

Ok.Sekarang mari kita lihat, sama ada perbuatan kita selama ini termasuk dalam kategori ikhlas atau tidak. Berikut adalah beberapa ‘gambaran’ atau status yang menunjukkan kita ikhlas dalam amal kita.

1.Kita selalu mencurigai diri dan merasakan kita kurang melakukan sesuatu kewajipan. Sebagai contoh, sahabat Rasulullah, Saydina Umar yang dijamin masuk syurga, kerana terlalu takut, gelisah dan merasakan gusar berada dalam cengkaman riya’ hingga konon pernah mengatakan “Andai aku hanyalah satu bulu rambut didada Abu Bakar” “Andai kata ibunda Umar tak pernah melahirkan Umar”. Ikhlas menurutnya adalah jika kita selalu merasakan kehilangan pandangan keikhlasan!

2.Tidak tercari-cari pujian manusia. Ketahuilah rakan-rakan, jika pujian dan cacian dari manusia telah kita anggap sama dan sekata, tidak mendatangkan apa-apa akibat pada kita, maka kita benar-benar telah ikhlas kerana Allah.

3.Ketaatan kita tidak berubah meskipun orang-orang disekitar kita buruk. Ini yang sering terjadi. Kita kadang-kadang begitu taat dalam beragama ketika di universiti, halaqah, rakan-rakan seperjuangan dan persekitaran yang baik (bi’ah solehah) namun sering kecundang bila berada di persekitaran yang tidak membantu. Adakah kita taat kerana orang-orang disekitar kita atau kita taat kerana konsisten memegang perintah Allah? Ketuklah hati sendiri, tanyakan iman anda!

4.Niat telah menjadi paksi kepada kehidupan kita. Semua amalan dan perlakuan kita sehari-harian selalu sesuai dengan apa yang kita niatkan

5.Kita menyembunyikan kebaikan dan amal kita kecuali jika kepentingan untuk dijadikan sebagai pengajaran.

Mari kita sama-sama berdoa kepada Allah agar kita selalu muhasabah diri dan memperhatikan indikator ikhlas, supaya kita tetap ikhlas dalam setiap amal kita. Ada satu perkara yang perlu ditekankan. Beramal kerana manusia adalah riya’ ,namun meninggalkan amal kerana manusia juga adalah termasuk dalam riya’ dan riya’ juga adalah syirik!

RESEPI IKHLAS

Pembaca yang dikasihi,

Ikhlas itu adalah sesuatu yang muncul dari perasaan dan hati ketikamana kita dengan sepenuh raga menyahut dan melaksanakan perintah Allah dengan hati dan jiwa kita dipenuhi rasa cinta kepada Allah.

Agar kita tergolong dan dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang ikhlas (Mukhlis),berikut adalah resepi yang dapat kita praktikkan.

1.Sentiasa menjaga niat dalam setiap amal
2.Selalu berdoa agar diberikan Allah nikmat keikhlasan
3.Mengamalkan salah satu zikir ma’thur yang diajarkan Rasulullah:”Allahumma innii a’udzubika min an usyrika bika syai’an a’lamuhu wa astagfiruka lima laa a’lam” (ya Allah, hamba memohon perlindungan kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang hamba tidak ketahui dan hamba mohon ampunan jika menyekutukan-Mu dengan apa yang tidak hamba ketahui)
4.Lakukan suatu kebaikan dengan tersembunyi yang tidak diketahui sesiapapun kecuali kita dan Allah
5.Selama mana kita berhasil memberikan hidayah pada orang melalui amal kita, maka tetaplah dengan amal itu dan jangan sembunyikannya kerana ia dapat menjadi teladan

Alhamdulillah, kita telah selesai mengupas satu bab yang sangat mengesankan dari tiga bab dalam buku ini. Saya tidak berhasrat menyambung penulisan dalam dua bab yang seterusnya kerana saya merasakan nanti mungkin wujud pelanggaran hak cipta selain bersikap tidak adil kepada penulis, penerbit dsb. Adalah lebih baik jika dapat dibeli bukunya jika anda benar-benar berminat untuk mengetahui tentang dua bab selanjutnya yang tidak kurang hebat dan kesannya.

Kalau bertemu dimana-mana, in sya Allah saya juga suka mahu berkongsi, ditanya aja yuk! =)

Moga dengan penulisan yang tidak seberapa ini, kita dipermudahkan allah untuk kekal ikhlas. Ayuh, sama-sama panjatkan doa agar diberikan Allah hidayah untuk berada bersama-sama angkatan mukhlisin. Mudah-mudahan amal kita diterima Allah.

Allahumma ameen

Astagfirullah
Astagfirullah
Astagfirullahal ‘azim

Mohon maaf salah dan silap
Wallahua’lam.Wassalaam

Wardah as-Syauk
26 Jamadil Awal 1429H
1 Jun 2008

***************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Terapi Hati
Penulis: ’Amru Khalid
Penerbit (edisi terjemahan Bahasa Indonesia) : Penerbit Republika
Tahun: 2005
ISBN: 979-32-1050-8
Harga: RM22++ (Jika dibeli di Kinokuniya)
Halaman: 148

Jumaat, Mei 23, 2008

Revolusi Media Islam

Revolusi Media Islami


‘Bengkel Menulis’ bersama...


Ustaz Alwi Alatas (Penulis Prolifik Indonesia, Ketua Forum Lingkar Pena Malaysia)

Ummu Hani Abu Hasan (Novelis)

Z.A Imad (Novelis) Remaja)

Puan Engku Zainun @ Ezee Rahmania (Penulis/Novelis)

Azree MH (Blogger dan Penulis)

Jom Merevolusi Media pada:31 Mei 2008 (Sabtu)

Jam 9.00 pagi – 5.00 petang

KONSIS Centre, Serdang

Yuran: RM10 shjAnjuran: KONSIS Centre

Daftar segera! 012 934 1711 (Z.A Imad)

Emel: mailto:konsisnetwork@%20gmail.com

Layari: http://www.mykonsis.%20org/

Alamat: KONSIS Centre, No 9-1, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sg Besi Indah, 43300, Sri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.


Kepada peserta yang mempunyai komputer riba, sila bawa bersama anda kerana terdapat satu slot khas 'hands on' media. Sebarkan kepada kawan-kawan anda!

Isnin, April 28, 2008

Kerana Seekor Lalat

Salaam. Kisah ringkas ini dipetik dari sebuah buku himpunan kisah-kisah yang menyentuh hati dan sesuai utk motivasi, hasil himpunan penulis Indonesia, Kang Abik@ Habiburrahman El-Shirazy. Bukunya berjudul “Ketika Cinta Berbuah Syurga”.

****************************************************************************
MASUK SYURGA DAN MASUK NERAKA KERANA SEEKOR LALAT


Dikisahkan bahawa Imam Thariq bin Syihab pernah mengatakan didalam sebuah majlis ilmunya,

“Ada orang yang akan masuk syurga dan masuk neraka hanya kerana seekor lalat”

Semua yang hadir dalam majlis ilmu itu terkejut dan kehairanan.Bagaimana boleh jadi seperti itu?

Lalu Imam Thariq menuturkan sebuah kisah.

Ada dua orang yang sedang mengembara.Suatu hari mereka memasuki satu kawasan yang mana penduduknya menyembah berhala.Sesiapa yang lalu dikawasan itu harus mengorbankan sesuatu untuk disembahkan kepada berhala itu. Jika mereka tidak mahu mengorbankan apa-apa, mereka tidak akan dibenarkan keluar dari daerah itu dalam keadaan hidup.

Mereka berdua pun disuruh untuk melakukan korban utk berhala tersebut. Lelaki pertama, sangat takut pada kematian namun dia tidak memiliki apa-apa.Akhirnya dia menangkap seekor lalat dan menjadikan lalat tersebut sebagai korban utk sembahan.

Sedangkan lelaki kedua tetap teguh berpegang pada akidahnya.Dia tidak mahu berkorbanapa-apa untuk berhala itu meskipun hanya dengan seekor lalat.Dia memilih utk taat kepada ajaran agamanya, berkorban hanya boleh dilakukan hanya kerana Allah.Sedangkan sembahan utk berhala,walaupun hanya seekor lalat adalah perbuatan menyekutukan Allah dan ia adalah
DOSA YANG SANGAT BESAR.

Akhirnya lelaki kedua itu dibunuh.Dia syahid dalam mempertahankan akidahnya dan dia beroleh syurga.


Sedangkan lelaki pertama tadi, akhirnya dipatuk ular berbisa ketika dalam perjalanan dan mati dalam keadaan musryik (menyekutukan Allah). Dia dimasukkan kedalam neraka kerana menyekutukan Allah dengan memberikan seekor lalat sebagai sembahan kepada berhala.”

****************************************************************************
Jelas bukan? Rasanya tak perlu nk huraikan kot sebab terang dan nyata kisahnya.Allah adalah satu, tidak ada yang kedua atau ketiga dan seterusnya. Bilamana kita takut dan percaya ada ‘kuasa/benda’ lain yang melindungi kita, istigfar lah segera, kerana kita boleh jadi hilang syahadah dalam keadaan sengaja mahupun tidak sengaja!

****************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Ketika Cinta Berbuah Syurga
Penulis: Habiburrahman El Shirazy
Penerbit (edisi Indonesia): MQS Publishing
Tahun: 2005
ISBN: 979-3503-83-1
Harga: Tak ingat. Titip dari kawan di Indonesia.
Halaman: 116

Jumaat, April 25, 2008

Jami

Bismillah walhamdulillah wallahuakbar

Salaam. Moga IMAN dan ISLAM dalam keadaaan sehat walafiat.Alhamdulillah. Sama2 syukuri nikmat yg Allah berikan.

Ok, now let’s talk about some sense. Hari ni takmo ckp letak pasal ISI buku. Tp nk cakap pasal penulis buku. Boleh?

William Shakespeare, Hamlet, Van Gough hatta Dr Seuss sekalipun, mesti pernah dengar kan? At least salah sorang dari mereka-mereka nih mesti kenal kan?

Shakespeare contohnyer, tk perlu susah2 nk disebut atau di explain lagi disebabkan dah terlalu terkenal sampai masuk dalam silibus pendidikan kite pun, kan? Kalau ditanya sasterawan inggeris, mmg laju jawapan diberikan. Kalau tanya ade kenal tak sastewara dari ‘belah kita’ @ sasterawan islam yang terkenal, agak-agak dapat jawap tak? Haa…..sure ramai yang garu kepala tk gatal tuh!!

Ok la, hari ni rasa nk perkenalkan dengan seorang yang sangat lah famous didunia ini, dimana2, baik di Europe, India, mana2 lagik lah, tp malangnya tidak begitu dikenali oleh generasi kita…sayang bukan??? So, tanpa membuang masa, dengan ini memperkenalkan, our sasterawan ---JAMI!!

Catatan: Tulisan ini adalah hasil pembacaan cik uwa dengan buku-buku Jami yang telah di alih bahasa (dalam bahasa Inggeris dan Indonesia). Jadi, ni totally terjemahan cik uwa sendiri yah? Kalau ada salah silap, dimaafkan deh? In addition, ini hanyalah satu pengenalan, tidak bermaksud apa-apa dan tidak semestinya menggambarkan sebarang aliran. Paling tegas, tidak menggambarkan pendapat atau apa-apa perihal lain tentang JAMI.

Okie…Let’s roll it out!

--------------------------------------------------------------------------


Nuruddin Abdul Rahman, dilahirkan pada tahun 1414 (cantiknya tahun itu, hingga teringat kisah 1515!) di sebuah pekan kecil bernama Jam yg terletak di wilayah Khurasan. Dari situlah datangnya nama JAMI yang begitu terkenal sampai ke hari ni. Beliau belajar di Heart, Samarkhand, Persia dan lain-lain tempat dan mmg outperform habis lah sampailah berjaya dapat title Maulana.

Menurut Ralph T.H Griffith, salah seorang penterjemah karya Jami dari bahasa Persia kepada bahasa Inggeris, Jami ni boleh dikatakan sebagai penyair agung terakhir yang pernah dilahirkan Persia. Jami telah menghabiskan usianya dengan belajar dan sastera dan menghasilkan sekurang-kurangnya 50 volumes puisi,tatabahasa, theology yang mana masih dibaca dan dikagumi di dunia barat (yah, kenapa kita juga tidak bisa mengkagumi? Aduhai)

Tiga karya agung Jami, ‘Yusuf dan Zulaikha’, ‘Beharistan’ dan ‘Salaman dan Abasil’ hingga diberi gelar oleh orang sebagai “Tiga bersaudara”. Namun, dalam banyak-banyak karya Jami, tidak dpt dinafikan lagi, ‘Yusuf dan Zulaikha’ menduduki carta pertama dan justeru paling popular dan banyak diterjemah ke bahasa yang lain.

Di India, walaupun tidak dimasukkan dalam sukatan pelajaran, karya tersebut dibaca dikesemua sekolah yang mengajarkan bahasa Persia. Semua pelajar-pelajar Persia di dalam Negara itu juga membaca karya Jami. Di Eropah, karya Jami juga diberi pengiktirafan tinggi. Sehingga seorang karyawana Eropah sehingga berkata” Puisi Jami tentang cinta Yusuf a.s dan Zulaikha adalah salah satu komposisi terhebat yang patut dan selayaknya diterjemahkan kepada setiap bahasa yang ada di Eropah” (wah, hebat bukan?)

Karya Jami tentang Yusuf a.s dan Zulaikha diterjemah dalam bahasa German. Menurut Ralph lagi, beliau sendiri memohon berkali-kali hingga 3 tahun lamanya sebelum mendapatkan kebenaran untuk menterjemah karya Yusuf a.s dan Zulaikha ke dalam bahasa inggeris. Akhirnya, pada tahun 1882, terjemahan Raplh berjaya diterbitkan.

Cukup tak bukti-bukti kat atas tuh utk menunjukkan betapa lah Jami nih sangat terbukti kehebatannya. Lahir pada kurun ke-15, sampai sekarang pun masih diingat orang.Kita aje yang tertinggal dengan fakta-fakta ini sedangkan orang diseberang sana berlumba-lumba nk terjemahkan karya Jami.

Alhamdulillah, berkesempatan memiliki sebijik dua buku dari Jami.Tkkan la nk promote tp tk baca kan? =) Walaupun mengaku bahawa pengetahuan ttg Jami dan karyanya sangatlah cetek, tp apa salahnya berkongsi perkara-perkara bermanfaat. Kalau ada yang tk elok, yah dibuang aja!

Salah satu koleksi Jami yang ada dlm library kecil cik uwa adalah ‘Yusuf and Zulaikha’ terjemahan Raplh dalam bahasa Inggeris. Buku ini didapatkan waktu bekerja di Library Uni of Auckland musim panas tahun 2005. Dapatnya secara sah ok! Buku ni diterbitkan tahun 1882, so bleyh bayangkan tak buku tuh mcm mana rupanya? Usianya menjengah 126 tahun!!! Wah, takkan dijual walau sesiapa pun yang nk beli… -wink-







Satu buku tu lagi dalam bahasa Indonesia, tp kali ni karya Jami dalam bentuk puisi telah dialihkan sedikit kepada novel tp masih preserve some of the poet form. Tajuknya “Yusuf dan Zulaikha- Sebuah Roman Alegoris”. Aduh, asyik bangat tuh ini buku. dibeli tahun 2004.sape nk pinjam??? –senyum-

Ok2…ada satu pekara lagi nk share. Nih kira klimaks nyer lah. Quote nih cik uwa letak sebijik2 utk diperhati dan diambil nasihatnya.

Raplh menulis:

“It is well known that Yusuf or Joseph, as we call him, is looked upon by the people of Islam as the ideal of manly beauty and more than manly virtue; but it is not so generally known perhaps that the romantic tale of the love, the sufferings and the crowning happiness of Zulaikha, as told by Jami, was intended to shadow forth the human soul’s love of the highest beauty and goodness – a love which attains fruition only when the soul has passed through the hardest trials, and has, like Zulaikha, been humbled, purified, and regenerated.

Wah…baik amat nasihatnya!! Dan sambungan katanya lagi mengundang indah yang tk kurang dasyatnya!!:

“So this Allegory resembles in its drift that famous and lovely one in which Calestial Cupid-

“Holds his dear Psyche sweet entranced,
After her wandering labours long,
Till free consent the Gods among,
Make her his eternal bride”

-I lost my word-


Yang baik dipelajari,
Yang buruk pinta dibaiki!

Wallahu’alam
Wassalaam


TAMAT

Wardah as-Syauk
Februari 2008
Safar 1429H
_______________________________________________________

Jumaat, April 18, 2008

Ikhlas 2

Salaam.

Entri ini adalah sambungan dari entri ‘Ikhlas’ yang dituliskan sebelum ini. Juga ilham hasil dari pembacaan buku yang sama.Judulnya, TERAPI HATI (saya tak tahu judul sebelum terjemahan. Yang pasti bukan Raqaiq yah!!)

Selamat membaca dan beramal!

****************************************************************************

IKHLAS 2

Dalam hidup seharian kita, pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri, adakah kita memiliki suatu amal yang mulia yang pernah kita lakukan dan amal tersebut menjadi RAHSIA antara kita dan Allah semata-mata. Tiada sesiapa pun selain Dia dan kita yang mengetahuinya agar nanti bila kita ditimpa musibah, amal itu bakal menjadi wasilah tika kita berdoa:

“Ya Allah, saya telah mengerjakan amal ini demi mencari keredhaan-Mu, maka lepaskan saya dari kemelut yang saya alami ya Allah”

Makhul, salah seorang tabi’en mengatakan:

“Seorang hamba tidak berlaku ikhlas kerana Allah selama empat puluh hari kecuali akan memancarlah sumber-sumber hikmah di wajah dan bibirnya”

Pembaca sekalian,

Sekali lagi ditegaskan, ikhlas adalah benar-benar sulit.Sahl bin Sa’a (At-Tustari), seorang tokoh sufi terkemuka menjawab ketika ditanya tentang sesuatu yang paling berat bagi diri,

IKHLAS.Sebab ia tidak memiliki walau secebis pun darinya.Semuanya didedikasikan hanya untuk Allah semata-mata.

Ikhlas adalah sesuatu yang memerlukan perjuangan yang sepenuhnya,kerana saat riya’ telah gugur disuatu sisi, syaitan datang menggantikan dari sisi yang lain.

Pintu gerbang dalam Ikhlas adalah meluruskan niat.Berikut disenaraikan ‘step2’ untuk meluruskan niat. Mudah-mudahan kita semua mampu berusaha untuk mencapai kepada puncak keikhlasan dalam setiap amal seharian kita.Ameen ya Rabbal Alamin.

Step pertama: Niat dalam laku ketaatan

Jika kita ingin menjadi seseorang yang ikhlas (mukhlis), maka luruskanlah niat kita.Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya amal perbuatan harus disertai niat dan sesungguhnya setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya......”

Jelas kaitan amal dengan niat.Niat tanpa amal tidak membuahkan apa-apa hasil walhal amal tanpa niat semestinya tidak lengkap! Barangkali, suatu amalan yang kecil pun boleh menjadi agung berkat dengan niat. Contohnya, kita menderma hatta sekecil RM1 tapi dengan niat yang ikhlas lillahi taala, boleh jadi kita mendapat ganjaran dengan berkali-kali ganda berbanding mereka yang menderma ribuan bahkan jutaan ringgit tapi tanpa niat atau dengan niat bermegah-megah.Simple bukan? :)


Step kedua: Niat menjalani kebiasaan hidup

Niat dapat mengubah segala sesuatu yang awalnya hanya suatu kebiasaan yang kita lakukan setiap hari, hingga menjadi suatu ibadah.

Sebagai contoh, mengapa kita belajar?

Boleh jadi jawapannya adalah kerana mahu pandai, takut dimarahi ibu bapa, sekadar mengikut kawan dsb.kalau inilah jawapannya, maka kita tidak akan memperoleh sebarang pahala.Sekarang kita renungkan ayat 162 dari surah Al-An’aam:

“Sesungguhnya solatku,ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah”

Mana keikhlasan kita ketika belajar?Tidak ada bukan?

Jadi, untuk harus iklhas dalam belajar, kita harus memasang niat. Misalnya, belajar utk taat beragama(mutadayyin), belajar kerana sekarang ini dunia dikuasai oleh orang-orang kafir jadi kita mahu menggantikan tempat mereka, belajar supaya dapat kedudukan yang baik dalam masyarakat jadi kita lebih senang berdakwah dan menyeru mereka dsb.

Lihat, kerana dengan memasang niat, boleh jadi dua jam sebelumnya kita tidak mampu memahami suatu kata pun, namun dengan niat belajar yg diperbaharui dan ditambah dengan keikhlasan kepada Allah, kita menjadi bersemangat dan dapat memahami dengan lebih cepat.


Kita juga sebolehnya disarankan memperbaharui niat setiap kali dan setiap langkah.kadang2, bila sesuatu perkara menjadi kebiasaan, kita boleh jd hilang semangat melakukannya.maka, perbaharui niat.setiap kali keluar dari rumah, niatkan utk mendapat keredhaan Allah.setiap kali memakai tudung, niatkan untuk mentaati perintah Allah dan menjaga kehormatan diri.Setiap kali makan, niatkan untuk mendapat kekuatan bagi melaksanakan ibadah. Haaa, kan berkah.Bukan sahaja ada semangat, malah in sya Allah akan diberikan pahala atas niat-niat yang dipasang sejak awal perbuatan.



Ketiga: Dalam hal-hal diluar kemampuan

Maksudnya kita berniat dalam urusan yang kita sendiri tidak pasti sama ada akan berjaya diperolehi atau tidak. Namun, kita masih juga disarankan untuk berniat dalam hal-hal seperti ini.Sebagai contoh, niat untuk syahid di jalan Allah.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang memohon mati syahid kepada Allah dengan segala ketelusan, maka Allah akan menghantarkannya ke tempat-tempat kaum syahid meskipun dia mati diatas ranjang” –
Hadith ini diriwayatkan oleh Muslim (1909), Abu Daud (1520) dan at-tarmidzhi(1653) dari Sahl bin Hanif r.a.


Perhatikan, sampai begitu sekali niat menghantar anda!!! Maka saya mengajak pembaca sekalian, untuk sama-sama memastikan langkah dan setiap hari kita senantiasa dimulai dengan niat agar kita bisa tergolong dalam golongan orang-orang yang mukhlis.

In sya Allah, saya akan cuba manyambung lagi penulisan tentang ikhlas ini dilain waktu dengan izinNya.

Moga ada berkah dan khair dalam setiap amal.

Astagfirullahal Azim

Wallahua’lam
Wassalaam

Wardah as-Syauk
11 Rabiul Akhir 1429H
18 April 2008


****************************************************************************
Untuk manfaat sepenuhnya, disarankan membeli buku ini.

Judul Buku: Terapi Hati
Penulis: ’Amru Khalid
Penerbit (edisi terjemahan Bahasa Indonesia) : Penerbit Republika
Tahun: 2005
ISBN: 979-32-1050-8
Harga: RM22++ (Jika dibeli di Kinokuniya)
Halaman: 148

Jumaat, April 11, 2008

Biografi Dr 'Aidh

Assalamualaikum wbt

Menulis dan memberi tentang La Tahdzan, tapi penulisnya tk pernah diperkenalkan. Hurm, asalnya nk terjemah dalam bahasa Melayu, tapi takpe lah kot. sume faham kot? =)

Selamat bertaaruf dengan Dr 'Aidh!!

***************************************************

Lahir di selatan wilayah Arab Saudi, Aidh berasal darikabilah Al-Qarni, 47 tahun silam. Bapaknya, Abdullahal-Qarni, seorang ulama yang berkecukupan.Menyelesaikan studi S-1 sampai S-3 di UniversitasIslam Imam Muhammad bin Sa’ud, Riyadh, Arab Saudi,Aidh pun menjadi pakar hadis.Kecerdasannya dalam memahami dan menghafal seluruh isiAl-Quran (pada umur 23), ditambah 5.000 hadis dansekitar 10.000 syair Arab, mengantarkan dirinyamenjadi penulis produktif dan penceramah populis.

Berikut kutipan wawancara dengan ayah tiga putra dan enam putri dari dua istri itu.

Peristiwa apa yang mendorong Anda menulis La Tahzan?

Dipenjara selama 10 bulan, sekitar 10 tahun lalu,itulah salah satu peristiwa yang mendorong sayamenulis La Tahzan. Saya ditahan karena menerbitkanbeberapa bait syair berkaitan dengan politik. Nah,selama di penjara, saya banyak membaca buku mengenaimusibah dan problematika manusia, pembunuhan, sertahubungan bapak dengan ibu atau anak dengan orangtua.Ini mendorong saya untuk memberikan solusi kepadamereka.

Sesedih apa Anda di penjara sehingga menghasilkan LaTahzan?

Sebenarnya kesedihan bukan masalah bagi saya. Tidakbanyak kesusahan selama saya di penjara. Sebab waktuitu saya ditempatkan dalam tempat khusus dandiperlakukan dengan hormat (Aidh ditahan bersamabeberapa ulama Saudi yang vokal terhadap pemerintah).

Gaya penulisan La Tahzan sangat khas. Dari mana Anda mendapatkan inspirasi itu?

Saya sulit mengatakan dari mana. Saya memilikiperpustakaan pribadi yang jumlah bukunya mencapai10.000 judul. Untuk menulis La Tahzan, saya gunakanlebih kurang 300 buku dari berbagai bahasa sebagairujukan. Mulanya saya menulis bab per bab. Tapi, sayapikir, orang akan bosan dengan cara penulisan sepertiitu. Maka, saya buat berlika-liku seperti sebuahtaman, sehingga pembaca seperti berjalan di tempatyang indah.

Apakah ini gaya penulisan baru dalam khazanah perbukuan Arab?

Ya, ini metode yang baru dipakai dalam buku-buku Arab.Saya belum pernah melihat sebelumnya. Tapi ini sebenarnya metode dari Barat.

Siapa penulis Barat yang memberi inspirasi pada Anda?

Dale Carnegie! Ia menulis buku tentang motivasi.Judulnya How to Stop Worrying and Start Living, yangdicetak hingga 8 juta eksemplar.

Berapa lama Anda menyelesaikan La Tahzan?

Saya susun selama tiga tahun dan mengeditnya tiga kalisetiap menulis satu bagian buku.

Apakah Anda menduga buku ini akan laris?

Saya tidak menduga sama sekali. Ini pelajaran pentingbagi banyak orang, baik penulis maupun penceramah,sepandai apa pun ia berpidato dan mengungkapkankata-kata indah, ia harus memohon kepada Allah(yahtasib billah). Setiap kali umrah di Mekkah, sayaselalu berdoa kepada Allah agar diberi kemampuanmenulis sebaik-baiknya.

Berapa banyak keuntungan finansial yang Anda dapatkandari buku yang sudah dicetak jutaan eksemplar ini?

Waktu buku itu pertama kali terbit, saya hanyamendapat sedikit, 10% dari buku itu. Sebab waktu itubuku saya banyak yang dicekal. Saya serahkan hakciptanya kepada teman-teman pengusaha. Alhamdulillah,berkat keikhlasan itulah buku saya tambah laris.

Berarti Anda tidak mendapatkan apa-apa dari penjualan sekarang ini?

Ya, saya tidak menerima apa-apa. Banyak ulamamenyarankan agar saya memperbarui kontrak buku itu.Ada semacam pelanggaran hak-hak saya. Tapi saya belummelakukan apa-apa. Saya serahkan semua kepada Allah.

Anda menyesal telah menjual hak cipta buku laris itu?

Tidak, saya bahagia. Saya orang yang kaya! Dan ituberkat doa umat Islam. Itu lebih berharga daripadaharta. Selain membuat saya terkenal, yang terpenting,La Tahzan telah memberi banyak manfaat pada umatmanusia.

Apakah hak cipta buku-buku lainnya Anda jual juga?

Hanya tiga-empat judul buku yang hak ciptanya sayajual. Di luar itu, hak saya.

Di Indonesia, banyak buku dicetak tanpa izin Anda….

Semoga Allah mengampuni mereka. Secara pribadi, saya sangat bersyukur buku saya menyebar di mana-mana;orang memanfaatkannya dan mendoakan saya. Doa lebihberharga daripada harta.

Apa manfaatnya harta dankedudukan?

Di mana Soekarno dan Soeharto sekarang?Semua hanya milik Allah (Aidh tertawa).

Anda dikabarkan hendak mundur dari dunia dakwah karenatuduhan bahwa Anda khawarij, ulama penguasa,plin-plan, dan oportunis….

Kisah mundur dari dakwah itu tidak benar. Ceritanya,waktu itu saya menulis syair yang isinya mengatakanbahwa saya akan beristirahat beberapa bulan gunamengatur dokumen-dokumen di rumah saya. Tapi orangmenafsirkan saya mundur dari dakwah. Padahal, dakwah itu tidak boleh berhenti sampai kita mati.

Jenis ulama seperti apakah Anda: progresif, radikal,fundamental, atau moderat?

Saya ingatkan terlebih dahulu sebuah ayat Al-Quran,Falaa tuzakku anfusakum (Jangan menilai atau memujidiri sendiri). Saya memandang diri saya, tanpa berniatmemuji, sebagai orang yang moderat. Tidak kiri, tidakkanan; tidak keras, tidak lemah. Saya ini orangmoderat yang bisa mengerti semua pihak.

Apa pendapat Anda soal kebebasan berekspresi?

Islamlah yang mengajak orang untuk memiliki kebebasanberekspresi. Tapi ada dua syarat dalam hal ini. Jangansampai menghina suatu agama dan, kedua, jangan sampai merusak dan memfitnah orang lain.

Apakah pembuatan dan pemuatan karikatur Nabi MuhammadSAW di koran Denmark itu satu bentuk kebebasan berekspresi?

Baik ulama Islam maupun orang Barat sekalipunmenganggap itu bukan bentuk kebebasan berekspresi,melainkan suatu penghinaan. Buktinya, mereka tidak mauterima ketika ada penolakan soal Holocaust.

Ataukah kasus karikatur itu bisa dilihat sebagaibentuk perbenturan peradaban?

Tidak. Ini bukan perbenturan peradaban. Itu tindakanbodoh saja. Saya banyak bertemu dengan orang Amerika,Barat. Mereka sangat hati-hati dan memperhitungkanumat Islam.Islam selalu dikaitkan dengan isu terorisme.

Apa catatan Anda untuk hal ini?

Ini terjadi karena kebodohan segelintir orang Islamyang melakukan pengeboman di Gedung WTC, Amerika.Akibatnya, banyak umat Islam yang menjadi korbankarena pengeboman itu. Banyak orang kafir yang menilaiitu sebagai bagian dari ajaran Islam. Padahal, Islam tidak mengajarkan seperti itu! Ulama harus bangkit dan menerangkan Islam sebagai barang yang utuh dan melakukan dialog dengan Barat dan dunia di luar Islam,sehingga mereka bisa memahami Islam dengan yangsebenar-benarnya.

Jika ada orang yang sudah membaca buku Anda tapi tetap saja sedih karena persoalan hidupnya, apa saran Anda?

Anda harus ingat, satu-satunya buku yang bisa memberikan solusi bagi umat manusia adalah Kitab Suci Al-Quran.


Sumber :
http://www.gatra. com/artikel. php?id=93204
http://barokah. wordpress. com/2007/ 03/14/buku- la-tahzan/