Bismillah walhamdulillah wallhuakbar
Assalamualaikum warah matullah
Salam perkenalan dan salam ziarah untuk semua yang pertama kali menjejakkan kaki ke laman blog ini.
Pendekkan cerita, kenapa blog ni wujud?
MATLAMAT
Nak kongsi apa-apa bahan yang dibaca dari buku utk dikongsi dengan sesiapa sahaja yang melawat blog. Berkongsi ilmu. Terfikir nak buat ‘review’ atau bedah buku ni sejak dari 11 Ogos 2005. Lama kan?Mmg dah lama sangat. Account blog ni dah buat bertahun-tahun pun tapi tak pernah berusik pun. Alasannya?
Al-Khannas: “alasan bese la tuh..busy…busy..busy.Ingat semua orang dalam dunia tk busy ker? orang lain pun ada 24 jam jugak la dalam sehari.same aje ngan awk tuh”
Al-Ikhlas: “yer. Saya ni agak tidak pandai mengurus masa rasanya.diberi 24 jam tp tak cukup-cukup. Nk guna kata-kata Imam Hassan Al-Banna – Al-wajibu akhtar minal awqat – rasa malu.Sebab tak la bermujahadah mane pun.maaf la.tp apa salahnya kita bermula.muntalaq-langkah baru..kan? :)”
Jadi terbuat la jugak akhir-akhir ni.
KONSEP
Simple. Apa-apa bahan bacaan yang salwa@wardah@syauki@cik uwa baca dan rasa nk share, akan diletak disini. Tkde la copy sebijik2.in sya Allah akan ditepung tawar dulu isi-isinya dan dimake-up dengan ulasan yang patut. Itu pun mintak didoakan ada kekuatan utk selalu update. Hehe. (this is the hardest part OK?)
Buku tak banyak dibaca pun.Skala pembacaan pun sangatlah rendah nk compare dengan sahabat-sahabat lain. Mmg la seciput aje ilmu.serius. tp rasanya tk salah kan nk kongsi ilmu? Ilmu mesti mau kene kongsi maaa…
Al-Khannas: “tu ah, baru baca buku sket…dah bising-bising kat blog.letak itu ini.mcm bagus betul la die nih.len la kalau dah baca banyak buku. Mcm riak aje..ish”
Al-Ikhlas: “mmg,saye baca sket aje buku tp in sya Allah ilmu yg sedikit kalau dikongsi lebih baik dari ilmu segudang tp terperuk dihati dan akal individu seorang. Pernah dengar “Al-ilmu bila ‘amalin kashajjar bila samarath” ? Ilmu tanpa amal umpama pokok tanpa buah!! Soal riak atau tak, itu urusan hati dengan Allah. Kite bkn malaikat, kalau terdetik sedikit bias riak, segera istigfar, in sya Allah, Rabb itu bukankah Maha Pengampun dan tidak menghukum hambanya yang leka?”
Jadi, tkpe la buku tak banyak.asalkan ade.
KENAPA BAYT AL-HIKMAH?
Ini kan nama perpustakaan glemer zaman Abbasiyyah dulu-dulu. Ketika zaman kegemilangan Islam. Time tuh kan Baitul Hikmah diasaskan oleh Khalifah Harun ar-Rasyid yang menjadi tempat segala rujukan baik dunia timur atau barat. Waktu tu kan Kota Baghdad jadi tempat pertemuan baik dalam sudut perniagaan, budaya, ilmu pengetahuan dan banyak lagi lah.
Jadi, sempena dengan tu, amik la nama library tersebut utk letak. Hajat dihati nk buat library kecik yang real sebab mmg suke sangat dengan buku. Sangat suke. Kire Pencinta Buku lah konon-kononnya(ntah-ntah tak layak pun digelar mcm nih). Hurm..tp sekarang belum cukup lagi ‘alatan-alatannya’. Masih berusaha. Doakan satu hari nanti akan termakbul impiannya!! J
KESIMPULAN
Itu aje la nk cakap. So sesape lepas ni rasa cam nk join sekaki, leyh aje letak kat komen. Tkpun, email aje ape mende nk bubuh, then i will put it here with credit goes to you lah! Hehehe..
Doa padaNya moga amal sedikit seciput ini akan mendapat sedikit ‘perhatian’ buat saham mencari RedhaNya dan Raudah Nya.
Ameen.
Wallahu’alam
Wassalaam
Wardah As-Syauk
7.11 pm
7 Mar 2008
29 Safar 1429H
CONVERSATION
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About me
Popular Posts
-
Salaam. Kisah ringkas ini dipetik dari sebuah buku himpunan kisah-kisah yang menyentuh hati dan sesuai utk motivasi, hasil himpunan penulis ...
-
Salaam. Entri kali ini diilhamkan dari pembacaan satu buku yang sangat, sangat, sangat bagus (one of the best books I ever read) hasil karya...
-
Buku ini judulnya Hitam Putih Cinta . Bahasa asli Indonesia setelah diterjemah dari bahasa Arab, Mashariul ‘Usysyaq , karya Dr ‘Aidh al-Qarn...
-
Salaam. Entri ini adalah sambungan dari entri ‘Ikhlas’ yang dituliskan sebelum ini. Juga ilham hasil dari pembacaan buku yang sama.Judulnya...
-
Salaam. Entri ini adalah entri terakhir dari dua buah entri sebelumnya tentang ikhlas. Sila rujuk: Ikhlas Ikhlas 2 Diharapkan diakhir entri ...
-
Chapter 20 : JALANI HIDUP APA ADANYA Anda tidak akan pernah menjumpai seorang ayah,ibu,isteri,kawan,sahabat,tmpt tinggal atau pekerjaan yg p...
-
Revolusi Media Islami ‘Bengkel Menulis’ bersama... Ustaz Alwi Alatas (Penulis Prolifik Indonesia, Ketua Forum Lingkar Pena Malaysia) Ummu Ha...
-
Penulisan kali ini adalah ilham dari salah satu kisah/bab yang juga termuat dalam buku ‘DI ATAS SEJADAH CINTA’ hasil kumpulan kisah dan kar...
-
Chapter 46: JANGAN BERSEDIH, MAAFKAN ORG YG MENYAKITI ANDA ITU LBH BAIK – Harga hukuman (qisas) sangatlah mahal dan itulah yg harus dibaya...
-
Assalamualaikum wbt Menulis dan memberi tentang La Tahdzan, tapi penulisnya tk pernah diperkenalkan. Hurm, asalnya nk terjemah dalam bahasa ...
0 ulasan:
Catat Ulasan